Teresa Kok: Saya tidak panggil mereka gay
Ketua Unity Team (Pasukan Perpaduan) Teresa Kok hari ini menafikan satu laporan yang menyebut beliau menggelar pasukan saingannya dalam pemilihan DAP Selangor - Rainbow Coalition (Pasukan Pelangi) - sebagai gay.
Kedua-dua pasukan itu bersaing untuk merebut pucuk pimpinan DAP Selangor dalam konvensyen parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.
Menurut Teresa, komennya telah dilaporkan di luar kontak oleh akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, yang memetiknya sebagai berkata nama ' Rainbow Coaliton' - sepertimana yang digunakan pesaingnya, merujuk kepada sebuah pertubuhan gay.
"Saya terkejut apabila saya membacanya pagi ini. Saya berfikir
Sin Chew
terlalu mensensasikan (isu itu). Perwakilan boleh membangkitkan isu ini, malangnya (terhadap) pasukan saya," katanya dalam satu sidang akhbar singkat ketika waktu rehat konvensyen tersebut.
Dalam blognya , Kok (kiri) menjelaskan lebih lanjut bahawa beliau sebenarnya enggan mengulas apabila ditanya oleh media di satu majlis di Klang.
Katanya, beliau hanya bertanya kepada anggota pasukannya yang juga ahli parlimen Klang, Charles Santiago sama ada nama "Rainbow" digunakan oleh pertubuhan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kerana beliau ditanya apakah pendapatnya mengenai Rainbow Coalition itu.
"Charles Santiago kemudian menjelaskan bahawa di Amerika Syarikat, "Rainbow Coalition" bermaksud organisasi yang merangkumi semua kumpulan.

