Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abdul Karim: Tak adil halang Taib kumpul kekayaan

Abdul Karim Hamzah, ketua setiausaha politik kepada Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memberitahu Radio Free Sarawak (RFS) bahawa adalah “adil” bagi membenarkan Taib mengumpul kekayaan semasa memegang jawatan.

NONE Dalam wawancara dengan RFS, sebuah radio gelombang pendek yang di luar kawalan kerajaan negeri, Abdul Karim menolak laporan sesawang Sarawak Report bahawa keluarga Taib telah mengumpulkan kekayaan yang agak luar biasa. Beliau juga membincangkan Kertas Putih yang kontroversial berhubung ‘amalan politik yang tidak sihat’ seperti yang dicadangkan oleh Abdul Karim sendiri.

“Secara peribadi, saya lihat mesti ada had kepada segala-galanya, awak tidak boleh ada kebebasan mutlak... kebebasan bersuara, ada batasnya. Maksud saya untuk bertindak (bagi kes fitnah) bukan sesenang yang difikirkan... ada kalanya lebih baik membiarkannya saha, selepas seketika, ia akan lenyap.”

NONE Beliau juga menafikan laporan di Sarawak Report yang memaparkan kekayaan Taib dan keluarganya yang dikumpul di Eropah, Amerika Utara dan juga beberapa skim tanah yang dibolotinya di Sarawak.

“Cara saya lihat, tiada masalahlah. Apa masalah Sarawak Report? Adakah mereka memperkatakan sesuatu yang berbentuk fitnah atau berniat jahat? Saya tidak fikir menjadi kesalahan kerana menjadi kaya,” kata Abdul Karim.

NONE Apabila ditanya bagaimana gaji Taib sebagai ketua menteri dan anak-anaknya mampu mengaut kekayaan sebegitu rupa, jawapannya: “Bagaimana anda boleh menggunakan gaji sebagai kayu pengukur? Maksud saya, setiap orang harus diberi peluang, jika Taib adalah ketua menteri, saya tidak fikir kita patut hentikan anak-anaknya daripada menjadi kaya ataupun kelurga itu dari menjadi kaya.”

[Baca berita penuh]

ADS