BERITA

Program 'tarik subsidi rakyat' dapat pujian

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Dis 2010, 11:00 tengahari

Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama .

mohamed nor yaacob "Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi,  pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

students protest against price hike in putrajaya pm's department Ia dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.