Pakar: Masalah mental di kalangan remaja membimbangkan
Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari mereka berada pada peringkat tenat.
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini memetik Konsultan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan emosi.
Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari mereka berada pada peringkat tenat.
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini memetik Konsultan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan emosi.
Dr Aili bekata masalah kesihatan mental yang jika tidak dirawat akan mendorong kepada pengambilan dadah, perlakuan ganas atau bunuh diri.
Katanya, mereka yang berada di peringkat tenat kebanyakannya menghadapi masalah itu sejak di sekolah rendah lagi dan hanya satu daripada lima remaja terlibat menerima rawatan.
"Ramai ibu bapa mengambil masa lama sebelum mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka kerana tidak sanggup berhadapan dengan stigma masyarakat," kata Dr Aini.
"Mereka selalunya menolak jika anak mereka terpaksa diberi ubat kerana tidak mahu masyarakat menganggap anak mereka gila," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Persediaan Kanak-Kanak Untuk Masa Depan' pada Seminar Keluarga Bahagia Nadi Kesejahteraan Negara anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Hotel Pan Pacific semalam.
Seminar dua hari itu yang bertemakan 'Interaksi Minda: Kemahiran Keibubapaan Untuk Pembangunan Keluarga Bahagia' dirasmikan oleh Isteri Pemangku Perdana Menteri yang juga Pengerusi yayasan itu, Datin Seri Endon Mahmood.
Sikap ganas
Beliau turut mendedahkan hasil, kajian yang dilakukan di beberapa buah sekolah di Kelantan, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang sempena Kempen Gaya Hidup Sihat tahun ini, yang mendapati ramai pelajar membawa senjata ke sekolah sebagai langkah mempertahankan diri daripada perlakuan ganas pelajar lain.
Katanya, sikap ganas bukan hanya ditunjukkan oleh pelajar lelaki malah turut melibatkan pelajar perempuan.
Menurutnya, kajian itu juga mendapati terdapat pelajar sekolah yang mula menghisap rokok seawal umur lapan tahun selain mengambil alkohol serta ekstasi pada umur muda.
Katanya, pelajar bermasalah ini sering dipinggirkan oleh guru serta rakan-rakan lain menyebabkan mereka semakin tertekan sehingga memberi kesan kepada pelajaran.
"Sebanyak 50 peratus daripada kes-kes juvana di negara ini melibatkan remaja yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka," ujarnya.
Tidak layak
Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Yunus Md. Nor dalam kertas kerja bertajuk 'Panacea Pembangunan Kanak-Kanak' memberitahu, ramai ibu bapa bekerja sekarang yang keadaan mental mereka tidak layak untuk membesarkan anak-anak.
Katanya, golongan ibu bapa terlibat menghadapi tekanan kerja yang kuat menyebabkan tahap kesabaran mereka berkurangan menjadi 20 hingga 25 peratus sahaja membuatkan mereka tidak berdaya untuk menguruskan telatah anak-anak.
"Ada ibu bapa sekarang yang tidak tahan mendengar anak menangis sehingga terdorong untuk mendera atau membunuh bayi mereka," katanya, seperti yang dilaporkan akhbar nombor satu negara itu..


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.