Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga dipilih sebagai Profesor Ulung
Diterbitkan:  Dec 15, 2010 4:26 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin, Tan Sri Dr Kamal Hassan dan Prof Dr Looi Lai Meng hari ini diumumkan sebagai penerima anugerah Profesor Ulung.

khaled nordin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membuat pengumuman itu berkata, setiap penerima diberi elaun tambahan RM10,000 selain gaji bulanan gred tertinggi turus dan geran penyelidikan.

Katanya, Profesor Ulung merupakan ikon dan sarjana yang boleh dicontohi dan boleh dianggap milik negara kerana sumbangan mereka selepas ini sewajarnya merentasi institusi pengajian tinggi yang mereka wakili.

"Gelaran profesor merupakan satu gelaran yang eksklusif, hanya mereka yang berilmu dan diiktiraf di kalangan rakan akademik sahaja yang dapat menggunakan gelaran tersebut (tetapi) sebaik sahaja mereka meninggalkan institusi pengajian tinggi, gelaran tersebut tidak lagi boleh digunakan,” katanya pada majlis penganugerahan Profesor Ulung itu di Bangi.

dr shamsul amri Shamsul Amri ( kanan ) merupakan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Kamal pernah menjadi Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1999 hingga 2006. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM.

Looi adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya.

 - Bernama

ADS