Hua Zong undi tamatkan projek Suqiu 2.0
Hua Zong, penaung semua persatuan Cina di Malaysia, bertekad dengan keputusannya untuk membubarkan sekretariat bagi projek - 20 tahun untuk Malaysia.
Dengan undian 23 bersetuju berbanding empat yang menentang, semalam, mesyuarat jawatankuasa pusat projek itu yang dilabel Suqiu 2.0 secara rasminya dibubarkan.
Mereka yang menentang keputusan itu adalah Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, Seremban, Johor and Pulau Pinang. Semua mereka berikrar akan meneruskan projek di bawah tajaan masing-masing.
Sebelum ini, projek berkenaan diterajui oleh ketua Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor Tan Yew Sing, yang menjemput tiga tokoh akademik - Lim Teck Ghee, Toh Kin Woon dan Wong Chin Huat - untuk menyediakan draf terakhir.
[Baca berita penuh]

