Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pindah warga Bakun: S'wak contohi 'Three Gorges'
Diterbitkan:  Dec 17, 2010 12:46 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Sarawak, yang mengendalikan projek empangan hidroelektrik Bakun, berminat mempelajari pengalaman China dalam mengurus penempatan semula penduduk yang terjejas susulan pembinaan empangan Three Gorges.

Menteri Pembangunan Tanah Negeri Datuk Seri Dr James Masing, yang baru-baru ini melawat kawasan penempatan semula di sekitar empangan Three Gorges di China, memperoleh maklumat terus mengenai perancangan kerajaan China dalam membantu penduduk yang kehilangan kediaman di sana.

NONE Dr Masing dan anggota delegasinya diberi taklimat mengenai pelan penempatan semula oleh para pegawai Mao Ding, selain melawat kawasan perumahan untuk penduduk yang dipindahkan, pusat pekhidmatan, kemudahan masyarakat yang lain selain aktiviti pertanian intensif, kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Empangan Three Gorges yang merentangi Sungai Yangtze, ialah projek hidroelektrik terbesar di dunia.

Di Sarawak, penduduk tempatan yang terjejas akibat projek Bakun, yang dijadual beroperasi pada pertengahan tahun depan, dipindahkan ke Kawasan Penempatan Semula Sungai Asap dekat Belaga.

Semasa di China, beliau juga melawat kilang Ladang Tenusu Mengniu, yang mendapat pujian kerana kejayaan mentransformasi kawasan luar bandar serta kemajuan ekonomi di sekitar kawasan Hohhot, ibu kota wilayah autonomi Mongolia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS