Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan bahawa BN Sarawak menyediakan dana sebesar RM10 juta untuk usaha pengkaderan penulis blog bagi menyerang pembangkang.

NONE ADUN Asajaya Karim Hamzah ( kiri ) dan ahli parlimen Petra Jaya Fadilah Yusof, yang dinamakan di lamanweb, menafikan kewujudan dana seperti itu.

"Tiada perkara sebegitu. Semua ini bohong," demikian respons senada mereka apabila dihubungi hari ini.

Fadilah malah mencabar pemberi maklumat itu mendedahkan nama semua penulis blog yang telah dilatih.

Beberapa lamanweb Sarawak baru-baru ini menerbitkan laporan mendakwa Karim dan Fadilah menawarkan RM5,000 sebulan kepada "rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan' untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Menurutnya, sesiapa yang disenaraipendek akan dilatih oleh New Straits Times, The Malay Mail dan Utusan Melayu di Pusat Latihan Umno di Janda Baik, Pahang.

"Setiap penulis blog berpeluang mendapat geran RM30,000 untuk memulakan blog...," dakwa laman terbabit.

[Baca berita penuh]

ADS