Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MCA Selangor MCA lebih rela pusat khidmatnya di Taman Indah, Cheras dirobohkan daripada melihat bangunan berkenaan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Menurut parti itu, mereka mempunyai hak ke atas banngunan berkenaan meskipun mahkamah telah memerintahkan bahawa MPKJ mempunyai hak ke atas tanah di mana bangunan itu terletak.

NONE “Kita bina pusat khidmat itu melalui derma. Justeru, mereka tidak boleh ambil bangunan kita. Mereka hanya boleh arahkan kita untuk robohkannya,” kata timbalan pengerusi MCA Serdang, Hoh Hee Lee.

Hoh bercakap pada sidang akhbar bersama beberapa pemimpin MCA tempatan di gelanggang bola keranjang yang terletak berdekatan bangunan yang dipertikaikan itu.

Menurut naib pengerusi MCA Selangor, Datuk Liew Yuen Keong, MPKJ mesti mengemukakan perintah mahkamah jika mereka mahu merampas bangunan berkenaan.

Dakwanya, tiada dokumen seumpama itu dikemukakan ketika pegawai penguatkuasa MPKJ cuba memasuki bangunan berkenaan pada 24 disember lalu sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan kecil. Hasilnya enam anggota MCA didakwa cedera ringan.

NONE Liew berkata penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 24 September lalu tidak menyatakan MCA mesti menyerahkan bangunan berkenaan kepada MPKJ walaupun tanah tersebut diisytiharkan hak majlis perbandaran itu.

Namun, pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata pihaknya akan mencabar perkara itu di mahkamah jika MPKJ bercadang merobohkan bangunan mereka.

“Semua boleh dicabar di mahkaamah sehingga penghakiman muktamad dibuat,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS