Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan 70 orang, termasuk ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), mengadakan protes di Komtar, Pulau Pinang berhubung dakwaan seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan rasis.

NONE Mereka mahu setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei

Aik memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis.

Kumpulan itu menuduh Ng memberitahu seorang pemilik restoran supaya ' Balik India' Ahad lalu.

Pada mulanya, mereka dapat naik ke tingkat tiga bangunan Komtar, tempat terletaknya pejabat kerajaan, tetapi beberapa anggota mereka memujuk kumpulan itu supaya menunggu di luar bangunan.

Pembantu khas ketua menteri, Ng See Fook kemudiannya menemui kumpulan tersebut.

Satu delegasi terdiri daripada lima orang kemudiannya dibenarkan naik ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng di tingkat 28 selepas mereka bertegas untuk menemuinya.

NONE Bagaimanapun, kerana Lim tidak ada, maka mereka menemui setiausaha sulitnya, Farida Hani Yaakob, yang menerima nota protes tersebut.

Surat itu yang ditandatangani oleh pengerusi Kimma, Farouk V Raju Mohammed, menuntut Ng menarik balik dan memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis itu.

Farouk berkata, mereka juga mahu ketua menteri mengambil tindakan disiplin terhadap Ng dalam tempoh tujuh hari.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS