Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Tembusan internet tak jamin pertumbuhan negara
Diterbitkan:  Jan 13, 2011 1:56 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar penembusan jalur lebar Malaysia yang kini mencecah 55.6 peratus, selepas melepasi sasaran asal 50 peratus, tidak menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Perdana Menteri berkata kemajuan infrastruktur komunikasi itu perlu diikuti dengan aplikasi sebenar dan konkrit yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti.

azlan Cara-cara baharu penyediaan aplikasi dan perkhidmatan perlu diterokai dan dirintis di seluruh sektor ekonomi, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN ke-10 di Kuala Lumpur hari ini.

"Model Baru ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan yang berterusan di dalam infrastruktur komunikasi dan ICT bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi yang berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad akan datang dengan pengetahuan dan inovasi sebagai elemen utamanya," kata Najib.

Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), katanya jelas memaparkan peranan utama ICT sebagai asas kepada usaha negara untuk melonjak ke hadapan ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi.

"Kemajuan besar di dalam rancangan itu akan menyaksikan ICT mengembang, kerana ia mencakupi keseluruhan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya.

"ICT mempunyai kesan pergandaan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi kerana ia berpotensi menjadikan rantaian bek transaksi kewangan yang lebih pantas, penetapan harga lebih dinamik dan proses lebih telus," katanya.

- Bernama

ADS