Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada manfaat, S'gor batal projek tebatan banjir
Diterbitkan:  Feb 7, 2011 5:57 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Kerajaan Selangor membatalkan projek tebatan banjir Canal City menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat kerana berpendapat ia tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan BN kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

NONE Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim ( kiri ) dalam pertemuannya dengan Datuk  Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.

Menurut kenyataan daripada pejabat itu juga, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan, yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi  syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata menteri besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.

ADS