Permit penerbitan: AG tarik bantahan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kerajaan tempoh sehingga 16 Mac depan bagi menjawap afidavit berhubung semakan kehakiman yang dipohon oleh Malaysiakini berhubung penolakan permit penerbitannya.
Hakim Aziah Ali berkata kerajaan mesti mengemukakan jawapannya sebelum prosiding pengurusan kes pada 18 Mac ini.
Peguam, K Shanmuga yang mewakili
Malaysiakini
berkata peguam negara seharusnya menarik bantahan permohonan kerajaan itu tetapi membenarkan semakan kehakiman berhubung bantahan tersebut.
Juga mewakili Malaysiakini dalam permohonan semakan kehakiman itu adalah peguam Edward Saw.
Malaysiakini mencabar keputusan itu setelah kerajaan menolak permohonannya bagi menerbitkan akhbar.
Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Ogos tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata “kementerian telah mengambil keputusan untuk tidak mempertimbangkan permohonan permit penerbitan”. Tiada alasan yang diberikan.
Mengikut Akta Penerbitan dan Percetakan, semua akhbar di Malaysia memerlukan permit yang perlu diperbaharui setiap tahun untuk beroperasi.
Sistem perlesenan memperuntukkan kerajaan menutup syarikat media di negara ini mengikut budi bicaranya dan meletakkan tekanan ke atas penerbit supaya mematuhi arahannya.
Bagiamanapun, Malaysiakini dan beberapa media online berjaya kekal bebas - di sebalik serbuan dari semasa ke semasa, larangan dan bidasan kerajaan - kerana pada pertengahan 90an kerajaan berikrar tidak akan membuat penapisan atau sekatan di internet untuk menarik pelabur asing.
Menurut ketua pegawai eksekutif
Malaysiakini
, Premesh Chandran, ini akan menjadi kes ujian bagi mencabar kuasa menteri dalam negeri.
"Saya tidak melihat mengapa kami tidak dibenarkan menerbitkan sebuah akhbar,” katanya.
"Ia adalah hak perlembagaan dan Malaysiakini telah berada sejak sepuluh tahun lalu dan kami telah membuktikan bahawa kami mempunyai rekod sebagai laman berita yang bebas, seimbang dan kredible,” katanya.

