Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pendakwaan ke atas dua orang lelaki di Mahkamah Syariah Gombak Barat yang dijadualkan hari ini berhubung dakwaan melibatkan fahaman Syiah, telah ditangguhkan.

Jurucakap kumpulan Syiah itu, Kamil Zuhairi Abdul Aziz berkata, ia telah ditangguhkan kepada 31 Mac.

Katanya, kedua-dua lelaki tersebut yang hadir di mahkamah itu hari ini, diwakili peguam syarie Datuk Muhammad Burok.

Tambahnya, peguam juga telah mengemukakan bantahan kerana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh penguatkuasa dan bukannya pegawai pendakwa.

Sementara itu, sumber daripada bahagian pendakwaan JAIS memberitahu Malaysiakini , kes itu masih disiasat.

Sehubungan itu, tambahnya, belum ada pendakwa ditetapkan.

Kehadiran pegawai penguatkuasa ke mahkamah pagi tadi bertujuan melanjutkan bon jaminan terhadap lelaki Syiah berkaitan, katanya lagi.

ADS