Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jejantas pejalan kaki sepanjang 152 kaki berhawa dingin bernilai RM9.5 juta - yang menyambungkan  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan Hotel Impiana  - diluluskan kerana ia lebih murah berbanding dengan di Singapura atau Hong Kong, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Beliau memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa DBKL telah membuat penilaian terperinci mengenai kos untuk membina jejantas tersebut dan membuat kesimpulan bahawa ianya adalah lebih murah, berbanding dengan di Singapura atau Hong Kong.

NONE "Kita (Malaysia) membayar RM12,500 bagi setiap meter persegi, sedangkan di Singapura, harganya RM14,000 bagi setiap meter persegi," kata Ahmad Fuad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Pada 8 Februari lalu, Nurul Izzah menuntut penjelasan mengapa RM10 juta diperlukan untuk membina jejantas pejalan kaki dingin sepanjang 142 meter,  di Kuala Lumpur.

Terdapat perbezaan RM1,500 bagi setiap kaki persegi antara kedua-dua negara tersebut.

Menjawab soalan mengenai kos permulaan projek tersebut (iaitu RM7.5 juta) dan sekarang berjumlah RM9.5 juta, Ahmad Fuad berkata, ia kerana panjang jejantas tersebut telah ditambah 10 meter lagi.

Selain itu, tegasnya, jejantas pejalan kaki itu juga dilengkapi alat penghawa dingin dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pejabat keselamatan DBKL dan ibupejabat polis Bukit Aman.

Kawasan KLCC merupakan tempat tumpuan pelancong asing yang datang untuk membeli belah, dan Ahmad Fuad berkata kemudahan CCTV itu akan membantu mengurangkan kes ragut dan jenayah lain.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS