Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Utusan tolak Hata diwakili kesatuan

Jimadie Shah Othman

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Berhad hari ini tidak membenarkan wartawan kanannya Hata Wahari daripada diwakili pemimpin Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) untuk berhujah mempertahankan dirinya.

Menurut Hata, majikannya itu hanya membenarkan beliau diwakili kakitangan Utusan sahaja, sekali gus menolak hasratnya untuk diwakili setiausaha NUJ V Anbagalan.

NONE "Saya tak puas hati tak boleh diwakili NUJ pusat. Malah tukang catit daripada NUJ pun tidak dibenaskan. Saya  juga tidak dibenarkan menggunakan laptop ketika prosiding dan kena ambil nota secara tulis tangan.

"Macam mana saya hendak buat kerja," katanya.

Sebelum ini, siasatan itu telah tiga kali ditunda - pertama kali untuk memutuskan sama ada Hata boleh diwakili pihak luar dan dua kali lagi untuk urusan kesihatan.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas prosiding tiga jam ditangguhkan pada jam 1 petang tadi, Hata bagaimanapun berkata akan menghantar pemerhati daripada NUJ cawangan Utusan bagi mengikuti perjalanan siasatan itu.

Buat masa ini, tambahnya, Presiden NUJ cawangan Utusan Taufik Razak dan exco Hayat Sueet akan memerhatinya secara dekat.

Sementara itu, menurut Hata, siasatan yang dijangka memakan masa itu kini ditangguhkan kepada 1 Mac ini.