BERITA

Anwar: Cukup aib, alat sulit diukur, dubur diperiksa

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mac 2011, 2:07 pagi

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti, bersambung petang ini.

NONE Anwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

"Kami terpaksa berhenti serta-merta.

Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.

"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.

"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."

Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.

Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.

"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.

"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”

Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).

Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.

"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”

Zakar, dubur diperiksa

Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.

NONE "Saya tanya mereka, ‘awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?’ Mereka sepatutnya membebaskan saya.”

"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."

Anwar berkata beliau kemudian terpaksa menjalani pemeriksaan yang cukup mengaibkan dan hanya bertujuan memalukan beliau.

"Saya nyatakan kenyataan laporan perubatan saya telah disorok oleh pendakwaraya. Dua orang doktor suruh saya menanggalkan pakaian dan mengukur alat sulit. Saya melihat ini tidak ada tujuan dan hanya untuk memalukan saya. Ini tidak dikemukakan oleh pendakwaraya? kata Anwar.

"Kesemua tujuan adalah untuk memanipulasi bahan bukti dan mahu menghukum saya sebelum saya diberi peluang untuk memberi kenyataan," katanya.

Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.

NONE "Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”

Anwar berkata laporan perubatan itu tidak ditandatangani oleh doktor berkenaan.

Selepas pemeriksaan itu, Anwar dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur  pada jam 11 malam.

Mengimbau pengalamannya bermalam di Sel D9 di balai itu, Anwar berkata keadaan lokap amat menyedihkan walaupun beliau masih belum dikenakan sebagai tuduhan atau diberitahu asas-asas penangkapannya.

"Saya tanya polis dan Jude, ‘bila mahu bebaskan saya?

"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi’. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”

Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Tandas tidak bersih

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.”

Anwar berkata permintaan untuk sebuah tilam untuk bermalam di sel itu ditolak walaupun pihak polis diberitahu beliau masih menghadapi sakit tulang belakang yang kronik.

NONE Menurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit.

Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.

Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.

Peguam Sankara Nair yang kemudian mengambil tempat di kandang saksi mengesahkan keterangan Anwar ditahan menggunakan kekerasan tanpa diberitahu asas-asas penangkapan itu.

Perbicaraan dalam perbicaraan akan bersambung esok jam 9 pagi dengan pihak pembelaan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi berhubung kejadian penahanan ketua pembangkang itu pada Julai 2008.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.