Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib ikrar juang habis-habisan kekal kemakmuran
Diterbitkan:  Mar 5, 2011 1:11 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN berjuang habis-habisan bagi mengekalkan kemakmuran di negeri itu.

Berucap pada konvensyen BN di Kuching, hari ini, Taib yang begitu berkobar-kobar berkata BN tidak seharusnya lagi menjadi sebegitu defensif dalam menangkis segala tohmahan pembangkang.

sarawak BN convention taib and wife Dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangkakan diadakan seawal bulan ini atau bulan depan, Taib mendakwa kerajaan BN Sarawak telah membawa pembangunan pesat dan kekayaan kepada negeri itu, walaupun kini dianggap antara yang termiskin di Malaysia.

"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”

Ketua menteri yang bakal genap menyambut 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, - termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.

Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.

Tiada dendam

Bagi Taib, pertarungan BN dengan pembangkang adalah pertarungan politik realiti berlawan dengan politik persepsi.

Beliau berkata berbeza dengan taktik manipulasi persepsi pembangkang, penduduk bukan bumiputera termasuk kaum Cina di negeri itu, tidak dinafikan sebarang peluang untuk berkongsi kekayaan berlandaskan semangat 1Malaysia yang menjadi perjuangan asas BN.

BN sarawak convention "Saya tidak pernah berdendam dengan masyarakat Cina yang lebih mewah, walaupun pembangkang fikir mereka boleh mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar dengan membangkitkan perasaan tidak puas hati dan prasangka diskriminasi," katanya.

Katanya, hakikat politik yang diamalkan oleh BN berjaya membawa pembangunan kepada rakyat tetapi politik persepsi oleh pembangkang menyebarkan propaganda dan membakar sentimen orang ramai.

Taib berkata setelah menyaksikan pembangunan pesat di Sarawak sejak merdeka, rakyat mengambil mudah kemakmuran yang dinikmati kerana generasi muda khususnya, tidak pernah mengalami kebuluran, kemiskinan dan penyakit kulit kronik pada masa lalu.

Katanya, taktik manipulasi pembangkang terhadap emosi rakyat adalah politik berlandaskan sikap tamak dan bukan kerana sayangkan rakyat.

Tanah adat bumiputera

Beliau yang turut menempelak pembangkang berhubung isu tanah hak adat bumiputera (NCR), berkata pembangkang hanya pandai berjanji dan mereka masih perlu mengemukakan bukti konkrit berhubung perkara itu.

Taib rolls royce Taib juga mengelakkan diri daripada menyahut cabaran debat yang dibuat oleh pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berhubung isu itu.

Katanya, penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Informasi PBB Tan Sri Adenan Satem telah dilantik bagi memantau isu tersebut.

"Jika diadakan perdebatan, Adenan mampu mematahkan hujah pembangkang," kata Taib.

Baru yang mendakwa kebenaran mengenai isu itu akan diketahui menerusi debat umum berkata, lebih 200 kes NCR masih tertunggak di mahkamah dan perkara tersebut disedari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sebelum itu, Taib tiba pada konvensyen BN itu menaiki sebuah Roll Royce, dengan diiringi isternya yang berusia 28 tahun, Ragad Waleed Alkurdi.

[Baca berita penuh]

ADS