Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Proses pilihan raya di Malaysia adil, kata Nazri
Diterbitkan:  Mar 8, 2011 1:23 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

NONE Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

 "Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

"Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa pembangkang.

tengku razaleigh ku li interview 190309 04 Terdahulu menjawab soalan asal Tengku Razaleigh, Mohamed Nazri berkata seramai 657,141 pengundi baru telah mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lalu.

Berdasarkan angka itu, jumlah pemilih berdaftar sehingga tempoh sama meningkat kepada 11,579,280 orang berbanding 10,922,139 semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008, katanya.  

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah pengundi baru yang paling tinggi dengan 130,097 orang, diikuti Johor (87,235), Perak (70,780), Sarawak (59,282), Kelantan (49,246), Terengganu (43,387) dan Kedah (39,396).

Pulau Pinang mencatat seramai 39,261 pengundi baru, Pahang (36,700), Sabah (29,876), Negeri Sembilan (26,503), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (21,574), Melaka (18,431), Perlis (3,062), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,721) dan Wilayah Persekutuan Labuan (590), katanya ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

NONE Tengku Razaleigh bertanya berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftar sebagai pengundi. Beliau turut meminta pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding di luar bandar.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa berusaha untuk menggalakkan pendaftaran pemilih di kalangan warganegara yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemilih mendaftar sebagai pemilih.

NONE "Pendaftaran pemilih boleh dibuat sepanjang tahun. SPR menyediakan pelbagai saluran pendaftaran untuk memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih, menyemak maklumat pendaftaran dan memaklumkan SPR berhubung maklumat kematian pemilih," katanya.

Selain itu SPR juga melaksanakan program-program menghubungi untuk memberikan kemudahan pendaftaran melalui pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Pada tahun lepas sebanyak 5,929 program seperti itu dilaksanakan PPN, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS