mk-logo
Berita
Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai
Diterbitkan:  Mar 11, 2011 8:17 AM
Dikemaskini: 9:16 AM

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

NONE Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana setkaat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini