Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada rakan sejawatan mereka di Jepun yang negara mereka musnah teruk akibat digegarkan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan dibadai tsunami setinggi 10 meter .

NONE Walapun perangkaan rasmi menunjukkan lebih 300 terbunuh namun lebih 1,000 lagi dikhuatiri juga mati dan angka itu terus meningkat setiap masa.

Sehubungan itu, sebagai bantuan awal, Malaysia akan menghantar pasukan SMART termasuk enam anjing bagi membantu mengesan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun hari ini.

“Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor perubatan bersama pembantu kesihatan berlepas ke Jepun dengan menaikan pesawat Charlie 130 pada pukul 6 petang ini,'' kata Najib.

japan earthquake and tsunami 2011 car 1

Singapura juga dilaporkan akan menghantar sepasukan anggota dan lima anjing penyelamat ke Jepun bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, pasukan itu digerakkan atas permintaan kerajaan Jepun.

Pemimpin Singapura turut mengucapkan takziah kepada pemimpin Jepun berikutan kejadian gempa bumi tersebut.

Di Kota Bharu, Kelantan, Harakahdaily melaporkan PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter itu.

NONE "Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa.

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, belia yang juga menteri besar Kelantan menyeru masyarakat seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun.

NONE "Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.

Di Shah Alam, kerajaan negeri Selangor mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas musibah gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sangat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang dihadapi oleh rakyat negara itu.

khalid ibrahim "Ingatan dan doa kami bersama mereka. Kita berdoakan agar negara Jepun cepat pulih dari tragedi ini memandangkan Jepun mempunyai ketahanan yang tinggi dan mampu mengatasi malapetaka ini dalam tempoh yang singkat," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan media.

Beliau juga mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dan menyeru Wisma Putra melakukan yang terbaik bagi memastikan mereka yang berdepan dengan pelbagai kesukaran akibat bencana alam itu mendapat pembelaan dan bantuan yang sewajarnya.