Rakyat terutama di kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka, kata ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONE Katanya, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan BN yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti Pakatan Rakyat yang melaksanakannya.

"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.

"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini,” katanya ketika selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan anggota Dewan Negara yang juga ketua Umno Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di Putrajaya hari ini.

- Bernama