Cadangan presiden MIC, Datuk G Palanivel supaya masyarakat India yang berpendapatan RM500 ke bawah agar kembali semula ke estet mendapat tentangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor .

NONE Ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ( kiri ) berkata cadangan yang diberikan adalah cadangan sementara yang tidak masuk akal kerana tidak mengambil kira pergerakan rakyat untuk berpindah randah.

"Dia membuat kenyataan atas pendirian apa pun saya tak faham bahawa masyarakat sekarang di estet mendapat pendapatan sebanyak sekurang kurangnya RM1,500 seorang dan ada kemudahan rumah, air, elektrik dan pelbagai kemudahan yang lain. Beliau berkata itu adalah cadangan sementara waktu. Apa yang dicadangkan oleh Palanivel itu tidak boleh diterima," katanya.

Ahad lalu, Palanivel yang juga timbalan menteri, perusahaan, perladangan dan komoditi menerima kritikan pelbagai pihak dalam masyarakat India, termasuk ketua pemuda MIC T Mohan.

Palanivel berkata cadangan beliau itu ditujukan kepada mereka yang termasuk dalam golongan tersebut, khususnya mereka yang tinggal berhampiran ladang milik syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby.

NONE Katanya pada musim tuaian dan menoreh yang baik, pasangan suami isteri yang bekerja mampu meraih pendapatan sekitar RM1,500 atau lebih.

"Pada pendapat saya, estet menjanjikan kehidupan yang selamat berbanding hidup di tengah bandar. Hubungan masyarakat di estet juga lebih rapat, keselamatan terjamin dan bukan mudah pengaruh luar hendak masuk ke estet yang dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan," kata Palanivel.

Bernama juga memetik presiden MIC itu berkata jika kaum India kembali bekerja di estet, maka sektor ini tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga kerja asing seperti dari Indonesia dan Bangladesh.

dap pc on puchong school 050506 a sivanesan Empat hari kemudian selepas dibidas pemimpin masyarakat India, Palanivel tampil dan berkata kenyataannya sebenar ditujukan kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan memperoleh pendapatan kurang RM500 sebulan serta bukan bertujuan menggesa kaum India di negara ini supaya kembali bekerja di ladang.

Bagi ADUN Sungkai A Sivanesan ( kiri ), kenyataan Palanivel sebenarnya  tidak bertanggunjawab kerana tidak mencerminkan kehidupan yang sebenarnya di ladang getah.

"Palanivel dalam tempoh seminggu membuat dua kenyataan dalam isu sama. Pertama, dia minta India di bandar jika pendapatan kuran RM 500 dinasihatikan balik ke estet dan mereka boleh dapat rumah, air dan elektrik percuma dan kedua, dia kata pekerja ester menikmati gaji minimum RM 700 sebulan, ini tidak benar," kata Sivanesan.