Persatuan Siber Kafe Sarawak (SCA) melahirkan rasa tidak puashati berhubung dakwaan anggotanya bahawa amalan dagangan oleh pembekaldan pengedar perisian permainan rangkaian kawasan tempatan (LAN), sebagai tidak adil.

Pengerusinya Arthur Wong berkata mereka melarang pengusaha siber kafe peluang untuk membeli perisian berlesen secara sekali bayaran sebaliknya menuntut bayaran bulanan RM150 bagi setiap komputer di mana perisian itu dipasang.

"Kami telah membuat bayaran bulanan RM150 sejak 10 tahun lepas kepada pembekal dan pengedar," katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa ini merupakan satu daripada resolusi yang diluluskan pada mesyuarat agung ke-22 SCA di Sibu semalam.

Katanya dengan jumlah yang sama, pengusaha siber kafe boleh mendapatkan perisian yang sama bagi sekali bayaran," katanya.

Wong berkata anggota SCA berpendapat bayaran itu sebagai tidak patut kerana perisian itu tidak pernah dipertingkatkan setiap bulan atau ditingkatkan kepada versi perisian yang terkini.

"Kami berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh membantu dengan menguatkuasakan Akta Persaingan bagi memastikan pengguna (pengusaha siber kafe) diberi kebebasan untuk memilih dan membeli apa jua produk dan jumlah salinan bagi mana-mana kedai mereka.

--Bernama