Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimalumkan hari ini bahawa isteri pembantu politik DAP itu, Sor Cher Wei telah memberi persetujuan bagi dirinya ditemu-bual oleh ahli psikiatri.

selayang hospital teoh beng hock family test 191009  wife su shu hui Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan telah melantik tiga ahli psikiatri bagi menemu-bual saksi dan juga kenalan serta keluarga Teoh bagi menentukan keadaan mindanya sebelum kematiannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Saripuddin Kasim, Sor dilaporkan bersetuju ditemu-bual di rumahnya di Melaka.

Bagaiamanpun, beliau memberikan dua syarat.

1. Keseluruhan wawancara mesti dirakamkan dengan kamera video.

2. Peguamnya mesti juga hadir pada sesi tersebut.

Saripuddin berkata Suruhanjaya Diraja telah menghubungi abang Teoh, Meng Kee, semalam.

“Dia (Meng Kee) kata semua perbincangan berhubung perkara ini mesti melalui peguam keluarga mereka, Gobind Singh Deo,” kata Saripuddin.

Sor dijadual mendaftarkan perkahwinannya dengan Teoh pada 17 Julai 2009 sehari sebelum  kematian pembantu politik itu. Pasangan itu telah bertunang dan ketika kejadian, Sor hamil dengan anak pertama mereka.

Bagiamanapun Teoh dijumpai mati pada 16 Julai di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam setelah disoal-siasat semalaman di ibu pejabat SPRM, Selangor di tingkat 14.

[Baca berita penuh]