Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankar Dalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB ( kanan ), tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Selain Uthaya, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

dr shamsul amri Awal petang tadi, panel lapan orang yang diketuai pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin ( kiri ) mengadakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Uthaya menjelaskan, selepas membentangkan cadangan mereka kepada timbalan perdana menteri, semua pihak sepakat menggugurkan perkataan "paria" dalam novel itu.

Muhyiddin: Terlalu banyak...

Bagaimanapun, menurutnya, Muhyiddin menyifatkan cadangan melibatkan kira-kira seratus pindaan itu terlalu banyak dan minta ia dikurangnya.

"Beliau (Muhyiddin) selepas itu beredar. Kami pun terus berbincang semula sehingga tiga jam. Tetapi semua (cadangan asal) dibantah," katanya dengan nada tidak puas hati.

NONE Ditanya tentang butiran perbincangan hari ini, Uthaya menjelaskan, ia antaranya mengenai pengguguran peribahasa India yang salah, ejaan "tali" yang merujuk kepad ikatan perkahwinan masyarakatnya dan penggunaan huruf "t" besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam.

"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak?

"Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata novelis dan penulis cerpen terkenal itu.

Uthaya bagaimanapun enggan menyifatkan tindakan itu sebagai satu protes sebaliknya hanya mengambil tindakan yang "sepatutnya".

"Kami dibawa masuk bagi melihat perkara yang sensitif bagi masyarakat India. Jadi, kalau kami tidak ada, tidak tahulah," jawapnya ketika ditanya pandangannya sama ada panel tersebut boleh dianggap telah tumbang.

Penarikan diri ketiga-tiga mereka menyebabkan panel itu terpaksa menamatkan sidang mereka, tambah Uthaya.

ADS