Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat asing mula tinggalkan Jepun
Diterbitkan:  Mar 18, 2011 10:30 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Ketika pekerja dan tentera Jepun terus bertungkus lumus mencari jalan bagi memastikan kecairan tidak berlaku pada pusat tenaga nuklear yang tumbang akibat gegaran gempa bumi minggu lalu, lebih banyak negara asing menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan negara itu.

NONE Di reaktor loji No 1, Fukushima, yang terletak kira-kira 250km dari Tokyo, helikopter tentera Chinook berterusan melepaskan bertan-tan air dalam usaha menurunkan suhu reaktor nuklear berkenaan.

Pihak bomba juga dikerah menyiram air ke dalam reaktor yang menempatkan batang tenaga bagi mengelakkannya daripada terdedah ke udara dan melepaskan bahan radioaktif.

Meskipun batang berkenaan telah dipisahkan dari reaktor di loji itu, namun ia dikatakan masih mempunyai bahan radioaktif.

Di Yamagata, agensi keselamatan nuklear Jepun berkata kepulan asap mula kelihatan dari bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang rosak di loji kuasa yang lumpuh akibat tsunami minggu lalu.

Jurucakap agensi itu berkata, kepulan asap naik dari Unit 2 Loji Fukushima Dai-ichi pagi ini.

Beliau berkata, punca kejadian itu tidak diketahui tetapi satu letupan berlaku di unit itu awal minggu ini dan mungkin merosakkan ruang di sebelah pusat reaktor.

NONE Bagaimanapun menurut seorang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Graham Andrew, keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini.

“Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,” kata Andrew.

Tinggalkan Jepun

Tambahnya, situasi semasa reaktor 1,2 dan 3 loji tersebut yang meletup dan terbakar sejak bencana tsunami Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, akhbar harian Jepun, Yomiuri Shimbun berkata krisis yang dihadapi sekarang mungkin boleh dielakkan jika kerajaan terus memohon bantuan antarabangsa sebaik kejadian berlaku.

Semalam, presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menelefon Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan - menawarkan Jepun sebarang bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih banyak kerajaan asing menggesa rakyat mereka meninggalkan kawasan timur laut Jepun dan juga Tokyo.

NONE Antara negara tersebut adalah Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Kerajaan Jepun pula meminta orang ramai yang tinggal sekitar lingkungan 10km daripada zon 20-kilometer sekitar loji nuklear supaya tidak keluar dari rumah. Lebih 200,000 orang juga telah dipindahkan dari zon berkenaan.

- AFP

[Baca berita penuh]

ADS