Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Teoh Beng Hock “tidak mempunyai pilihan” tetapi tampil sebagai saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salah guna dana kerajaan negeri Selangor pada 2009.

NONE Pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP itu.

Katanya, Teoh diarahkan ke pejabatnya di Plaza Masalam, Shah Alam bagi ‘menyemak beberapa fail’ pada 15 Julai 2009.

Disoal pegawai pengendali perbicaraan suruhanjaya, Awang Amardajaya Awang Mahmud sama ada Teoh “boleh menolak”, Anuar tidak menjawap secara langsung.

Menurutnya, peguam M Manoharan telah mengesahkan bahawa Teoh dan majikannya, Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

Anuar berkata beliau berjumpa dengan Manoharan di pejabat Teoh di bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri pada 15 Julai sebelum membawanya sebagai saksi.

Katanya, beliau tidak ‘memberi pilihan kepada Teoh berhubung masa yang perlu datang” ke pejabat SPRM tetapi beliau “tidak membenarkan Teoh pulang sehingga selesai kenyataannya dirakamkan”.

Sebelum itu,  Anuar yang merujuk kenyataannya semalam bahawa beliau tidak memohon waran mencari dan gelidah daripada pendakwaraya awam seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 31 (1) Akta SPRM.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS