Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Yee akan mengisi kekosongan selepas Datuk Peter Pang En Yin, yang kini menyertai Gerakan, digugurkan pada 16 Mac lalu tetapi dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah.  

Dr Yee, 56, merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan ADUN kawasan Api Api.

Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri. Dua yang lain ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin.

- Bernama