Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baru: Masalah kerusi PKR-Snap boleh diselesaikan

Ketua PKR Sarawak Baru Bian tidak mahu partinya berentap dengan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. Justerunya, katanya saluran perbincangan sentiasa terbuka.

“Saya telah jelaskan sebelum ini, saluran perbincangan akan sentiasa dibuka sehingga hari penamaan calon,” katanya mengulas kegagalan kedua-dua parti berkenaan menyelesaikan kemelut agihan kerusi.

Anwar Ibrahim arriving to open Sarawak PKR convention in Batu Kawah, near Kuching. Left is Sarawak PKR chief Baru Bian Pusingan terakhir perbincangan di antara parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak dijadualkan esok.

“Saya masih yakin kita akan mencapai persetujuan. Saya percaya isu ini boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak sanggup berbincang, jadi saya tidak mahu membuat sebarang andaian apa yang mungkin berlaku,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai hubungan mesra Snap dengan Parti KITA, Parti Cinta Malaysia dan Parti Progresif  Sabah (SAPP), yang merupakan seteru Pakatan, Baru berkata tidak sepatutnya berlaku syak wasangka.

Katanya, apabila PKR menerima Snap, ini bermakna mereka mahu bekerjasama dengan sesiapa yang mempunyai cita-cita untuk menumbangkan BN di Sarawak.

“Ini penting bagi kami. Kami mengalu-alukan mana-mana parti atau NGO yang mahu bekerjasama dengan kami.

“Jika ada ahli gabungan yang bekerja dengan seteru atau musuh kami, ini bukan perkara yang bijak. Tetapi kita perlu bekerjasama menentang musuh bersama. Ini mesti jelas.

NONE “Jika tidak, perjuangan dan objektif utama kita iaitu untuk menumbangkan BN akan menjadi lemah,” katanya.

Menurut Baru parti komponen Pakatan Rakyat mesti memastikan BN ditentang satu lawan satu di semua 71 kerusi yang dipertandingkan.

“Ini teras utama perjuangan kita menentang BN. Kita akan cuba sedaya upaya bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih. Ini strategi yang akan diguna pakai,” kata Baru.

“Selagi ada komunikasi terbuka dengan rakan-rakan di Snap, saya pasti isu agihan kerusi boleh diselesaikan, kecuali kita tidak ada niat menyelesaikannya atau berpura-pura. Itu perkara berbeza sama sekali.”

Baru juga berharap Parti KITA atau SAPP tidak akan menjejaskan peluang Pakatan di Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS