Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pengharaman judi: PAS tak tunduk, kata Fatah
Diterbitkan:  Mar 23, 2011 3:31 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Pas tidak akan tunduk dalam isu pengharaman judi, meskipun parti itu bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun.

Menurut beliau, kajian itu hanya bagi menentukan bidang kuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual tiket judi di luar premis perniagaan.

NONE "Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan jelas tidak membenarkan kegiatan perjudian dilakukan dalam premis di kawasan pihak berkuasa kerajaan tempatan, sebagaimana mengikut Akta Kerajaan Tempatan.

"Tidak timbul soal kita tunduk kepada tekanan mana-mana pihak menyebabkan kerajaan negeri bercadang mengkaji semula undang-undang melarang kegiatan perjudian di negeri ini," katanya kepada Bernama di Rantau Panjang, hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua minggu lalu berkata beliau akan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri ini.

ADS