'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks

       

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

NONE Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa di ibu negara itu, seorang lagi anggota 'Datuk T' - singkatan bagi perkataan "Trio " - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir. 

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.

Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kerjasama apa sahaja

Sementara itu, Rahim mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

azlan Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri)  pun kita akan beri kalau dia mahu," selorohnya sambil disambut gelak ketawa pemberita dalam dan luar negara.

Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir.

Malaysiakini
terkini untuk anda