Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Penulis Nasional (PENA) menyanjung tinggi pengorbanan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang sanggup membenarkan novel kontroversinya Interlok dipinda bagi memboleh keharmonian kaum terpelihara.

NONE Bagaimanapun presidennya Mohamad Saleeh Rahamad berkata, tindakan Abdullah bersetuju dengan cadangan panel bebas yang ditubuhkan kerajaan itu janganlah dianggap sebagai "pengakuan bersalah".

"Beliau sebenarnya berkorban supaya perkara ini menjadi harmoni," kata Mohamad Saleeh yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.

Abdullah hari ini dlaporkan bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam novel Interlok termasuk paria kerana mahu menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata perkataan paria yang digantikan dengan perkataan "golongan yang sama" tidak mencacatkan maksud yang ingin beliau sampaikan dalam novel tulisannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, walaupun menghormati keputusan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Mohamad Saleeh berkata PENA masih berpegang pada pendirian asal mereka.

NONE "Nampak sastera kita sudah macam autoritarian," kata Mohamad Saleeh lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung pindaan 19 perkara yang dikatakan sensitif kerana perkara itu tidak diperincikan satu persatu.

"Kita tak tahu senarainya. yang kita tahu cuma paria dan kalau perkara-perkara kecil yang disebutkan Muhyiddin itu tidak jadi hal," katanya yang terkenal dalam bidang kritikan sastera itu.

Ekoran ketetapan supaya Interlok dipinda, Mohamad Saleeh berkata pada ia tidak membuka pintu kepada mana-mana pihak untuk terus mendesak kerajaan membuka ruang sedikit demi sedikit.

Katanya, jika dibiarkan, tuntutan yang disampaikan itu boleh sampai ke tahap tidak beretika dan biadap.

ADS