Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesyorkan ahli perniagaan Datuk Teh Kim Poo dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berkuatkuasa 1 April depan.

NONE Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Teh ( kanan ) turut dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka (LPM) untuk tempoh setahun atau sehingga 31 Mac 2012.

"Kementerian berpandangan bahawa dengan pelantikan Datuk Teh Kim Poo sebagai pengerusi LPK dan LPM, isu-isu yang dihadapi oleh LPK dan juga LPM terutama berhubung isu-isu dasar akan dapat diatasi selain memastikan bahawa kepentingan LPK dan LPM sentiasa dipelihara," katanya.

 

Menurut Kong lagi, cadangan lantikan tersebut dibuat berasaskan kepada peruntukan dalam Seksyen 2(4) Akta Lembaga Pelabuhan 1963.

Teh juga merupakan ketua MCA bahagian Klang.