Tian Chua: Demonstrasi akan diteruskan
Naib presiden parti KeADILan Tian Chua bekata hari ini bahawa lebih kurang 1,000 orang penyokong reformasi dijangka akan menyertai demonstrasi di ibu negara pagi esok, meskipun kerajaan telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini telah memberi amaran agar perhimpunan itu dibatalkan dan mereka yang terlibat akan ditahan sekiranya didapati melanggar undang-undang.
Tian, pada Isnin lepas, telah menyeru semua penyokong reformasi hadir beramai-ramai di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila perbicaraan kes kedua bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula esok.
Tian berkata bahawa beliau tidak akan membatalkan perhimpunan tersebut kerana rakyat Malaysia berhak menyertai sebarang perhimpunan aman."Menyertai perhimpunan aman adalah hak asasi setiap warganegara," beliau berkata kepada malaysiakini .
Beliau yang juga dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia sudah beberapa kali ditahan dan dibelasah polis kerana menyertai perhimpunan aman proreformasi.
Perbicaraan kes Anwar akan disambung semula esok selepas hampir dua bulan ditangguhkan apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ariffin Jaka menyebutkan alasan beliau mengalami 'sakit belakang'. Kes kontroversi itu dihentikan tanpa sebarang sebab munasabah serentak pada hari kerajaan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum lalu. untuk menanguhkan perbicaraan kes itu ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
Tinjauan malaysiakini mendapati panggilan untuk menyertai demonstrasi mula dilancarkan minggu lepas. Laman web proreformasi Mahazalimtwo sudahbeberapa hari mengiklankan secara khusus program tersebut. Risalah-risalahkecil memaklumkan tentang majlis yang sama juga difahamkan sudah disebarkan di beberapa masjid di Lembah Klang pada Jumaat lepas.
Sementara itu, jurucakap media KeADILan, Raja Petra Kamaruddin, mengingatkan orang ramai yang ingin menghadiri kes tersebut supaya hadir sebelum jam 8 pagi. Beliau juga menyarankan kepada bekas pelajar-pelajarMaktab Melayu Kuala Kangsar, sebuah sekolah berprestij tempat Anwar belajar, supaya memakai tali leher rasmi sekolah tersebut.
Malaysiakini akan memberikan liputan masa nyata (real time) terhadap perhimpunan protes ini esok.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.