Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpuas hati dengan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang dikemukakan kepadanya semalam.

Selain puas hati dengan senarai calon itu, Najib berkata beliau juga berpuas hati dengan kaedah peralihan jawatan Ketua Menteri selepas selesai pilihan raya negeri itu.

najib penang visit najib pc "Saya sudah teliti dengan Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin parti komponen terlibat, dan berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.

Beliau berkata calon yang dipilih adalah calon terbaik bagi mewakili BN.

Najib berkata senarai calon yang diserahkan kepadanya semalam akan diumumkan esok.

Mengenai kaedah peralihan jawatan Ketua Menteri, katanya beliau gembira dengan cadangan Taib yang akan berundur selepas selesai pilihan raya negeri itu. 

Plihan raya negeri Sarawak akan diadakan 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

- Bernama