55 tahanan depot Lenggeng ditangkap semula
Diterbitkan: Apr 6, 2011 2:46 PM | Dikemas kini: Apr 6, 2011 2:47 PM
Seramai 55 orang daripada 109 pendatang tanpa izin yang melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada malam Isnin lalu berjaya ditahan semula sehingga tengah hari tadi.
Menurut jurucakap depot itu, 32 daripada mereka diberkas antara 6 petang semalam dan tengah hari tadi manakala 32 ditahan tidak lama selepas mereka melarikan diri.
"Mereka yang melarikan diri itu mungkin sudah sampai ke kawasan Broga, Jelebu dan Beranang," katanya.
Majoriti yang melarikan diri itu adalah warga negara Myanmar yang bertindak membakar blok tahanan mereka sebelum merempuh pagar sebelum lari ke satu kawasan kelapa sawit.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.