Kecederaan yang dialami penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed adalah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

NONE “Dari kecederaan di tubuhnya, kami berpendapat ia konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi tetapi kita mesti menunggu laporan ujian makmal sebelum membuat sebarang kesimpulan.

"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kontigen polis Kuala Lumpur hari ini, Zulkifli berkata beberapa sampel telah diambil dari si mati dalam bedah siasat yang memakan masa lebih sehari.

Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh dari tingkat tiga di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pagi Rabu lalu.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B p-ada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

NONE Allahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.

“Setakat ini, kenyataan enam pegawai SPRM telah dirakamkan,” kata Zulkifli, sambil menambah ia mungkin juga di ambil daripada dua pegawai suruhanjaya berkenaan yang telah digantung tugas.

“Kami sedang menyiasat semua aspek kes itu... kami tidak mahu mendahului hasil penemuan sekarang ini,” katanya.

Rakaman sistem litar tertutup televisyen (CCTV) juga telah dirampas bagi membantu siasatan, kata Zulkifli.

NONE Pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali, mendakwa Ahmad Sarbani kembali ke bangunan SPRM sekitar jam 8.26 pagi pada 6 April tanpa sebarang temu janji dan memohon berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Sebelum itu, Allahyaraham telah memberikan kenyataan beliau kepada SPRM dan dilepaskan pada Sabtu lalu sekitar jam 12.30 tengahari.

Mustafar berkata seorang pegawai mengiringi pegawai kanan Kastam itu ke sebuah bilik di pejabat itu sebelum meninggalkannya untuk mengambil sebuah fail tetapi mendapati Ahmad Sarbani telah tiada sekembalinya.