Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kertas siasatan video seks diserah semula
Diterbitkan:  Apr 20, 2011 6:31 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

    

NONE Katanya ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

    

"Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa, kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam selepas membuat lawatan di sekitar kawasan Kubang Semang hari ini.

    

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

    

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

    

NONE Kelmarin Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Trio Datuk T itu mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks berkenaan.

    

Katanya siasatan kes itu adalah menjurus kepada Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

    

Bagaimanapun, akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik kenyataan trio terbabit sebagai berkata mereka tidak gentar malah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan undang-undang kerana penayangan video seks itu.

    

- Bernama

ADS