Naib canselor Universiti Malaya (UM) Ghauth Jasmon menafikan dakwaan bahawa universiti itu mengawal ketat lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao ke kampus itu esok dengan hanya membenarkan ‘pelajar terpilih’ menghadiri ceramahnya serta akan menapis soalan mereka.

NONE Ghauth mengulas laporan di Internet dan Facebook, yang sebelum ini melaporkan bahawa majlis ini dibuka kepada orang ramai tetapi secara tiba-tiba diadakan secara tertutup dan dihadkan kepada pelajar dan kakitangan UM sahaja.

Mengikut laman Facebook yang didirikan oleh Persatuan Bahasa Cina UM yang terbabit dengan penganjuran majlis berkenaan, pihak pentadbiran telah memohon maaf kerana ‘silap komunikasi’ dengan menyatakan majlis itu dibuka kepada umum.

"Kerana salap faham, majlis Wen di UM adalah hanya untuk kakitangan dan pelajar UM.

"Kami mohon maaf atas segala kesulitan,” kata laman itu.

Ceramah Wen dijadualkan pada jam 4.40 petang esok di Dewan Tunku Canselor. Difahamkan beliau akan berucap kira-kira 10 minit. Tiada topik atau judul yang diberikan.

Pihak penganjur kemudian akan memperuntukkan 15 minit untuk sesi soal-jawap dengan hadirin.

[Baca berita penuh]