Suruhanjaya Hak Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan-kerajaan negeri supaya menyatakan pendirian mereka mengenai hak adat Penduduk Asal/Asli terhadap tanah.

NONE Pandangan tersebut hendaklah dikemukakan apabila Suhakam

mengadakan inkuiri nasional mengenai hak Orang Asal/Asli terhadap tanah.

pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata adalah penting bagi kerajaan-kerajaan negeri bekerjasama dengan suruhanjaya tersebut.

"(Jika tidak), kami akan menghasilkan laporan yang berat sebelah,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Setidak-tidaknya pun, tambah beliau, mereka perlu membuat menyatakan pendirian mereka mengenai isu tersebut dan menghantar wakil untuk menjawab kepada dakwaan yang dibuat.

"Suka atau tidak, mereka perlu hadir," kata Hasmy sambil menambah bahawa keputusan Suhakam mengadakan inkuiri tersebut ekoran aduan dan memorandum yang diterima sejak bertahun-tahun tentang pencabulan hak asasi Orang Asal/Asli ke atas tanah adat mereka.

NONE Walaupun kerajaan negeri, terutama Sabah dan Sarawak, sering dituduh menutup mata terhadap pencerobohan syarikat-syarikat persendirian - malah berpakat dengan mereka - Hasmy tetap optimistik bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya.

Panel inkuiri nasional terdiri daripada anggota Suhakam yang dibantu konsultan bebas yang dipilih berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka yang luas dalam bidang masing-masing.

Terma rujukan inkuiri nasional itu antaranya untuk menentukan pengiktirafan dari segi perlembagaan, perundangan, pentadbiran dan politik hak Orang Asal/Asli terhadap tanah dan keberkesanannya dalam mempertahan dan mempromosi hak mereka.

Ia juga untuk mengenal pasti kekangan yang menghadkan Orang Asal/Asli terhadap tanah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka, serta mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri dan persekutuan.

NONE Proses inkuiri nasional itu akan bermula dengan satu siri perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Selepas tamat proses perundingan, panel inkuiri akan mengadakan pendengaran awam di setiap kawasan untuk mendengar keterangan saksi-saksi utama.

Sapina akan dikeluarkan jika perlu, kepada pihak-pihak berkenaan untuk membantu dalam inkuiri tersebut, berdasarkan seksyen 14(1)(a) Akta Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, yang memberi kuasa kepada Suhakam mendapatkan bukti bertulias atau lisan.

Menurut Hasmy, inkuiri tersebut terbuka kepada orang awam dan media, tetapi rakaman video tidak dibenarkan sewaktu pendengaran awam.

Panel inkuiri juga, tambahnya, mengalu-alukan penghujahan awam dan perlu sampai kepada sekretarian inkuiri nasional tidak lewat dari 30 Ogos 2011.

[Baca berita penuh]