Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Media Australia cuba gagalkan pertukaran'
Diterbitkan:  May 10, 2011 6:17 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Pesuruhajaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad berkata beliau hairan kenapa ada media Australia cuba menggagalkan rancangan pertukaran pencari suaka politik antara kedua-dua negara itu.

najib and boat people australia Katanya beliau telah menerima panggilan daripada media yang cuba mendesak beliau berkata sesuatu bagi memberi gambaran buruk terhadap cadangan berkenaan.

"Yang saya cuba terangkan kepada media ialah kedua-dua negara perlu menyiapkan butiran mengenai pertukaran ini, dan persetujuan yang dicapai akan diumumkan kemudian," katanya.

Berdasarkan cadangan itu yang diumumkan oleh Malaysia dan Australia pada Sabtu lepas, sehingga 800 "orang hanyut" akan dihantar balik ke Malaysia untuk diletakkan dalam senarai orang pelarian manakala Australia akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen yang ada di Malaysia.

Salman berkata dalam sebarang pertukaran orang dari sebuah negara ke negara lain, semua dokumen perjalanan hendaklah yang sah.

"Kita perlu tahu siapa yang hendak datang ke negara kita dan siapa yang hendak meninggalkannya tetapi ada pihak media yang melihat ini sebagai satu tindakan berniat jahat," katanya.

Salman juga kecewa kerana terdapat beberapa orang di Australia yang menggunakan peluang daripada laporan media yang silap itu untuk mempertikaikan rekod hak asasi Malaysia dengan alasan Kuala Lumpur tidak menendatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai orang pelarian.

Ketua pembangkang Australia, Tony Abbott, memberitahu Parlimen hari ini bahawa Australia nampaknya lebih rugi dalam rundingan dengan Malaysia berhubung pertukaran itu kerana bagi setiap seorang pelarian yang dihantarnya ke Malaysia, ia perlu menerima lima orang.

- Bernama

ADS