Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gula: BN utamakan subsidi IPP kroni, kata DAP
Diterbitkan:  May 12, 2011 3:49 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding pemotongan subsidi gula bernilai hanya RM116 juta sehingga menyusahkan rakyat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

NONE Menurut Lim, penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

“Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah sektor tenaga 1997 dan sektor bukan tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

“BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan.

“DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” kata Lim dalam dalam satu kenyataan media.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02 Jelas Lim yang juga setiausaha agung DAP, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

Menurutnya, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

“Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera,” katanya.

public transportation 260706 kl lrt putra Lim berkata pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya partinya dan para paderi ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri di kalangan mereka.

“Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak Umno untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar-dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula,” katanya.

ADS