Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petronas bina kompleks penapisan AS$20b di Johor
Diterbitkan:  May 13, 2011 11:00 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Petronas akan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$20 bilion di Johor Selatan yang akan beroperasi akhir 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

petrol price hike panic 010705 petronas station Projek berkenaan yang dikenali sebagai Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan terperinci dan akan terdiri daripada kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompoleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia khusus.

"Projek ini merupakan satu langkah berani oleh Petronas, sebagaimana yang dimaklumkan, cadangan 300,000 tong sehari kapasiti penapisan minyak mentah di bawah RAPID adalah lebih besar apabila digabungkan dengan kapasiti kilang penapis sedia ada Petronas di Melaka dan Kerteh.

"Cadangan pembangunan petrokimia itu juga melebihi gabungan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh dan Gebeng di bahagian timur semenanjung Malaysia.

"RAPID bukan satu daripada projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), apa yang dilakukan Petronas adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mengubah Malaysia kepada hab industri petroleum utama di rantau ini," kata Najib.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS