Malaysia mungkin memansuhkan sepenuhnya subsidi gula seawal tahun 2012, selepas tempoh kontrak jangka panjangnya dengan para pengeluar gula global tamat tahun ini.

NONE Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kontrak Malaysia dengan pengeluar gula kini menetapkan 70 peratus bekalan gula negara pada harga RM2.50 sekilogram, manakala baki 30 peratus lagi mengikut harga pasaran global.

Menjawab soalan, Ismail tidak komital mengenai pendirian kerajaan apabila kontrak tersebut tamat akhir tahun ini, tetapi tidak menolak kemungkinan pemansuhan sepenuhnya subsidi-subsidi gula ketika itu.

Menurutnya, pusingan berikutnya rasionalisasi subsidi ialah Disember depan.

Apa yang bakal diputuskan kerajaan akan bergantung kepada keadaan ketika itu, katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kementeriannya 'Kurang Gula, Kurang Belanja' kempen.

"Jika harga melambung naik, katakan RM3 (sekilogram) dalam 2012, maka kerajaan perlu mempertimbangkannya," katanya.

[Baca berita penuh]