BERITA

Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Mei 2011, 10:38 pagi

Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan;  bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.

“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.

NONE “Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa.”

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.

Termasuk 'saksi alibi'

Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01 Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara ( kanan ).

Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu  Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.