Kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi sebelum laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) boleh dibentangkan di parlimen.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ( kanan ) memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu akan dibawa kepada kabinet apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali ke tanah air selepas lawatan lapan harinya ke Amerika Syarikat.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata pembentangan laporan itu adalah yang pertama bagi suruhanjaya berkenaan sejak dibentuk sedekad lalu.

Katanya pembentangkan laporan itu di Parlimen telah dibincangkan dengan Nazri dan beliau yakin ia akan didebatkan.

NONE "Saya tiada masalah dengannya tetapi perlu membentangkannya kepada kabinet untuk membuat keputusan,” kata Nazri.

"Tetapi bukan seperti itu (laporan Suhakam) bukan belum pernah didebat. Mereka (ahli parlimen) memetik laporan itu apabila mereka berdebat, perbahasan titah diraja, bajet dan sebagainya.”

Menurut Hasmy ( kiri ), undang-undang mensyaratkan Suhakam agar membentangkan laporannya di Parlimen.

Sidang pertama Parlimen tahun ini berakhir pada 7 April dan sidang akan datang dijadualkan pada Jun ini.

Suhakam, ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 dan telha mengemukakan laporan tahunanya ke Parlimen sejak 2002. Laporan 2010 dikemukakan pada 21 Mac.

Bagaimanapun kerajaan enggan membentangkan laporan itu untuk dibahaskan meskipun dituntut oleh kumpulan pendesak, termasuk Suhakam.

Laporan tahunan itu memantau perkembangan hak asasi terhadap beberapa isu termasuk pencabulan hak berkenaan.

[Baca berira penuh]