Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awang "Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional," katanya.

Abdul Hadi memberitahu pemberita  demikian selepas mengetuai jawatankuasa PAS pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat Sungai Petani hari ini.

    

Taklimat disampaikan oleh pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Roslan Abdul Ghani.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, timbalan presiden Nasharudin Mat Isa dan naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha PAS Datuk Mustafa Ali.

    

Abdul Hadi, yang menang jawatan Presiden tanpa bertanding bagi penggal kelima, berkata hakikat bahawa ramai calon layak bertanding kedua-dua jawatan itu, menandakan demokrasi dalam PAS hidup.

    

azlan Setakat ini enam calon disahkan layak bertanding jawatan timbalan presiden termasuk penyandang Nasharudin serta Azizan dan Tuan Ibrahim manakala 14 lagi layak bertanding jawatan naib presiden termasuk penyandang, Mahfuz.

    

Nasharudin pula berkata beliau tidak gentar bertanding mempertahankan jawatannya kerana tahu ahli PAS tidak perlu dilobi.

    

"Sebelum inipun saya menang ke atas calon-calon yang hebat-hebat belaka, jadi tiada apa nak ditakutkan," katanya.

    

- Bernama