Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok
Diterbitkan:  May 19, 2011 2:38 AM
Dikemaskini: 2:43 AM

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

NONE Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.

NONE Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai  acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

 Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.

ADS