Respons Mahathir baik
Diterbitkan: May 19, 2011 3:54 PM | Dikemas kini: May 19, 2011 3:56 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad respond dengan baik terhadap perubatan dan fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Menurut pegawai khasnya Sufi Yusoff, bekas perdana menteri itu juga makan dengan baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.
"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravenous dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," kata Sufi dalam kenyataan.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN semalam kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.
Sufi berkata doktor juga menasihatkan beliau agar tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat sahaja.
--Bernama

